Hari ini kami sekeluarga bersama keluarga ipar pergi bercuti ke Bangi Wonderland. Tiket masuk dan makan pula disponsor oleh ipar, jadi memang terasa lebih istimewa dan seronok kerana dapat meluangkan masa bersama-sama tanpa perlu memikirkan banyak perkara.
Selepas Sofia selesai tuisyen, kami makan terlebih dahulu sebelum bersiap untuk bertolak. Bermulalah episod bermandi dan bermain air! Anak-anak begitu teruja untuk menikmati pelbagai permainan air, manakala kami sekeluarga pun turut sama mengambil kesempatan untuk berseronok. Suasana riuh dengan gelak tawa dan keriangan, lebih-lebih lagi apabila dapat bermain air bersama keluarga sendiri dan keluarga ipar.
Hari itu benar-benar menjadi satu percutian yang santai, menyeronokkan dan penuh kenangan. Bukan sekadar dapat membawa anak-anak berjalan dan bermain, tetapi paling bermakna apabila dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Gambar tak banyak sebab masing-masing seronok bermain air.
.jpeg)
Berapa RM tiketnya tu?
ReplyDeletesekarang masih ada promo tiket di laman web bangi wonderland. Isnin-Jumaat RM35. Sabtu ahad RM38. Tutup hari selasa
DeleteBestnya.Sy last pegi waterpark dekat splash mania...Teringin jgk nk pegi sini. =D
ReplyDeleteboleh cuba sini pula. berbaloi..
DeleteBest la main air. Anak2 Cie tak suka so tak pernah la pergi waterpark.
ReplyDeletepaham. kena ikut anak-anak jawabnya, kita pun happy tengok mereka happy.
DeleteSeronok juga sekali sekala main air . Saya follow sini :)
ReplyDeleteSeronoknya...happy semua kan ditempat yang menarik..
ReplyDeleteanak2 linda cukup suka kalau main waterpark ni...tapi, keluarga besar, kena menabung dulu sebelum mai.. hahaha...
ReplyDeletewah bestnya
ReplyDeleteWaaaah oke, bisa saya masukkan dalam bucket list kalau nanti ke sana. Anak2 tiap saya ajak ke Malaysia pasti yg diminta waterpark. So far mereka paling suka saat saya ajak ke Escape Waterpark Penang. Tapi Krn Desember nak ke KL, cari waterpark di sana juga
ReplyDeletePost a Comment