Velvet Latte oleh Luckin Coffee | Secawan Kopi yang Lembut dan Berkrim

Kalau singgah ke Luckin Coffee, antara minuman yang menarik perhatian saya ialah Velvet Latte. Namanya saja sudah memberikan gambaran tentang sesuatu yang lembut dan berkrim. Lepas cuba, memang rasa dan teksturnya sepadan dengan nama, Velvet Latte.


Velvet Latte merupakan pilihan yang menarik untuk pencinta kopi yang gemarkan rasa latte yang lembut dan berkrim, yang menggunakan velvet-flavoured thick milk yang menghasilkan tekstur lebih halus dan silky smooth, disertai rasa manis yang tidak terlalu kuat. 

Bagi yang kurang gemarkan kopi yang terlalu pahit atau terlalu kuat, Velvet Latte terasa lebih sesuai diminum. 

Harga asal: RM14.00
Harga promosi: mengikut kupon di apps masing-masing.

Bagi saya, Velvet Latte sesuai dinikmati ketika mahu berehat selepas makan atau sekadar duduk santai menikmati secawan kopi.

Ada masa kita tidak mencari kopi yang luar biasa. Cukup sekadar secawan kopi yang rasanya kena dengan selera.

1 تعليقات

  1. Nama nya lembut je... Tapi, terasa juga strong pahitnya.. kalau Linda la..hihihi

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم