Misi Cari Monitor Sofia & Rezeki Jumpa Family di IOI City Mall

Hujung minggu lepas, sekitar pukul 11.30 pagi kami sekeluarga dah sampai kat IOI City Mall, Putrajaya. Sampai-sampai je perut masing-masing dah mula berbunyi, jadi kitorang terus singgah makan tengah hari kat Kenny Rogers dulu untuk isi perut bagi bertenaga.

Lepas dah kenyang, barulah bermula misi utama hari ni — si ayah nak carikan monitor baru untuk kegunaan Sofia. Kitorang pun terus pusing-pusing masuk kedai barangan elektronik. Berpeluh juga nak membandingkan harga dengan spesifikasi sebab pilihan punya lah banyak. Nasib baik staf kedai kat situ ramah dan banyak membantu terangkan satu-per-satu. Akhirnya, jumpa juga monitor yang memang ngam dengan apa yang Sofia perlukan.

Masa tengah syok berjalan cuci mata lepas beli monitor tu, tiba-tiba ada suara panggil nama suami. Bila pandang... lah, terserempak dengan abang ipar dan kakak ipar sekeluarga! 🤍 Memang tak sangka langsung boleh bertembung kat situ.

Lepas berborak-borak, suami terus ajak perabih masa main boling ramai-ramai di Wangsa Bowl (terletak di Tingkat 2, Lot L2-26). Memandangkan hari PH (cuti umum), rate sewa lane RM70 untuk 60 minit, manakala sewa kasut pula cas asing. Tanpa buang masa, kitorang terus serbu lane kat situ.

Kitorang gabung main dalam 1 pasukan je. Memang riuh sekampung dengan gelak tawa dan sorakan tiap kali ada yang baling bola. Bila tengok markah akhir kat skrin, skor masing-masing memang agak kelakar dan 'tragis', tapi bab tu tolak tepi... yang penting semua dapat enjoy dan luang masa bersama.

Ini antara gambar kenangan kitorang kat tempat main boling:

Momen gembira kami sekeluarga semasa bermain boling di IOI City Mall.

Ini pula paparan markah perlawanan kitorang:


Skor boling yang agak 'tragis'. Tapi apa nak buat, janji semua seronok!

Selesai je main boling, jam dah menunjukkan pukul 3.10 petang. Ngam-ngam masa untuk kitorang bertolak balik. Bila semak fitness tracker, rupa-rupanya dah berjaya dapat 11,300 langkah untuk hari ni! Perut kenyang, misi cari monitor selesai, dapat jumpa sanak saudara, dan paling penting dapat luang masa berkualiti bersama.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post