Lunch di Stesen Kota Bharu

Sebenarnya, plan asal adalah untuk berjumpa dengan kawan dari tempat kerja lama di Stesen Kota Bharu, tidak jauh dari rumah. Tetapi pada saat-saat akhir, Sofia turut serta. Jadi, akhirnya kami bertiga berjumpa.

Bila sampai di Stesen Kota Bharu, kami terus melihat menu dan masing-masing memilih makanan yang menarik. Masing-masing dengan pilihan sendiri, tetapi seronok juga dapat duduk semeja dan berbual sambil makan.

Antara makanan yang saya pesan ialah Nasi Kerabu Tumis Lemak Bakar. Nasi kerabu memang antara hidangan yang menarik perhatian apabila teringin sesuatu yang mempunyai pelbagai rasa dan aroma. Ditambah pula dengan lauk lemak bakar, patut rakan sekerja recommend menu ini.



Nasi Ayam Gepok POK-POK Regular adalah pilihan Sofia. Sambalnya sedap dan ayamnya garing. Saya lebih gemar ayam yang berjuicy.


Manakala, kawan saya memilih Nasi Kowmok Ayam Crispy. Seronok juga apabila masing-masing memilih hidangan yang berbeza kerana boleh tengok dan berkongsi cerita tentang makanan yang dipesan.

Selesai menjamu selera, kami bertiga berpisah kerana saya perlu masuk kerja semula.

Dalam perjalanan balik, sempat singgah di Luckin yang berada di kawasan berhampiran untuk membeli Velvet Latte. Tersuka pula air minuman ni. Diet campak ketepian dulu.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post